AddThis Social Bookmark Button

Perutusan Eksekutif: Kuasa Pengrekrutan

Bryan Davis

Mari kita berbincang tentang angka-angka kerana ia berhubung kait dengan mesyuarat dan kuasa pengrekrutan.

Dalam bulan April, pengedar XanGo telah menganjurkan kira-kira 1500 mesyuarat pengedar (malah jumlah ini mungkin lebih tinggi) di Amerika Syarikat. Dalam satu-satu mesyuarat, lebih daripada 2000 pengedar serta prospek mereka telah membanjiri dewan. Sepanjang tempoh setahun, XanGo telah menganjurkan antara 500 dan 1000 mesyuarat korporat di bandar raya-bandar raya utama AS dengan purata kehadiran mencecah kemuncak tertinggi. Pendek kata, jumlahnya telah meningkat secara mendadak.

Secara ringkas, para pengedar kita sedang menganjurkan jauh lebih banyak mesyuarat berbanding dahulu. Setiap hari, beribu-ribu mesyuarat sedang diadakan merentasi dunia. Ribuan. Cuba fikirkan. Ini adalah hasil semula jadi tahap kegiatan pengedar XanGo, rekrut dan prospek baru.

Semasa XanGo ditubuhkan pada tahun 2002, kita cuma mempunyai tiga pengedar. Dengan tumpuan khas yang diletakkan pada usaha pengrekrutan dan penggandaan, jumlah pengedar kita kini mencecah tiga suku juta orang.  

XanGo telah menikmati kejayaan yang cemerlang dalam tempoh yang singkat. Meskipun tiada orang yang tahu mengenai XanGo empat tahun dahulu, kini terdapat beratus-ratus ribu orang yang bukan sahaja tahu mengenainya, malah telah menambahkannya kepada rutin harian mereka. Ini menjangkaui kecemerlangan – ia adalah luar biasa.

Setiap daripada anda telah memainkan peranan yang penting dalam menjadikan XanGo begitu berjaya hari ini. Pengedarlah yang menjadikan syarikat ini hebat. Jangan kita lupa akan hakikat ini. Terima kasih kerana terus berkongsi kisah XanGo bersama kawan-kawan, keluarga serta orang ramai.