Tumpuan pada Masa Depan: Anugerah Kemanusiaan
- Februari 12, 2008
Virgo Publishing—pakar komunikasi cetak & elektronik yang meliputi pelbagai industri—baru-baru ini telah memperkenalkan cara penghargaan yang terbaru. Untuk menggalakkan piawaian tertinggi etika dan mutu kerja dalam dunia perniagaan, mereka telah memperkenalkan suatu majlis anugerah bagi syarikat-syarikat yang menonjolkan kecemerlangan. Majlis ulungnya yang kini dikenali sebagai “Anugerah Tumpuan pada Masa Depan” telah diadakan pada 22 Januari, 2008 di suatu majlis makan malam di Scottsdale, Arizona. Sebagai satu daripada golongan perniagaan pertama yang dianugerahi, Virgo telah menyampaikan kepada XanGo anugerah sulungnya, Anugerah Kemanusiaan.
Kent Wood, presiden dan pengasas bersama XanGo yang menghadiri majlis makan malam tersebut telah menerima anugerah itu sebagai tanda penghargaan kepada XanGo atas bantuan kepada badan-badan amal kanak-kanak di seluruh dunia di bawah panji-panji Kebaikan XanGo. Sejak syarikat ditubuhkan pada tahun 2002, XanGo telah meningkatkan kesedaran sosial dan menggerakkan sumber-sumber global secara berterusan untuk berkhidmat, menyokong serta meningkatkan kehidupan masyarakat yang serba kekurangan—khususnya dengan memberikan tumpuan kepada usaha-usaha kemanusiaan global yang memanfaatkan kanak-kanak dan keluarga.

Dalam menyampaikan Anugerah Kemanusiaan kepada XanGo, Virgo Publishing mengiktiraf syarikat kerana memberikan sumbangan penting terhadap peningkatan komuniti melalui usaha-usaha amal dan perkhidmatan masyarakat. Usaha yang lebih besar daripada derma dalam bentuk wang ringgit, seperti inspirasi Pek Makanan Kebaikan XanGo, telah membantu XanGo memenangi anugerah terunggul tersebut.
Pengasas bersama dan presiden jualan & pemasaran XanGo, Gordon Morton (orang yang bertanggungjawab dalam memulakan budaya amal XanGo), berterima kasih kepada Virgo Publishing kerana mengiktiraf apa yang terus menjadi tumpuan utama syarikat, para pengedar dan pekerjanya:
“Kami amat berbesar hati menerima anugerah ini bagi pihak para pengedar, pekerja dan rakan kongsi kami di seluruh dunia yang menyertai kami dalam menjadikan Pergerakan Kebaikan XanGo suatu kenyataan. XanGo berbangga kerana berjaya membawa perubahan dengan memberikan tumpuan pada natijah berhasil yang memanfaatkan mereka yang berhadapan dengan risiko atau yang serba memerlukan di dalam dan di luar negeri.”































