Dari Gordon dalam Perjalanan
- Jun 27, 2008
Memang sukar dipercayai bahawa sudah setahun sejak kita melancarkan pasaran Malaysia kita. Baru-baru ini, saya menghadiri majlis Ulang Tahun Pertama XanGo Malaysia kita di Kuala Lumpur dan menikmati kemesraan rakyat Malaysia yang hangat.
“Parti Hari Jadi” yang diadakan di puncak Menara KL itu berlangsung hingga lewat malam dan disediakan dengan makanan, penari tradisional Budaya Malaysia dan kumpulan muzik … sememangnya satu sambutan yang bertaraf tinggi dari semua segi. Cuaca hari itu amat bagus, langit cerah dan Menara KL memberikan pemandangan bandaraya dan Menara Petronas yang mempesonakan.
Saya amat berbangga dapat melawat pejabat kita di Malaysia dan meluangkan masa dengan kakitangan dan pembekal tempatan kita. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pemimpin kita dari Amerika yang berucap di program pentas utama: Sherman Unkefer, Sharron Sharif dan James Sanford.
Tahniah saya ucapkan kepada Pemimpin kita di Malaysia – terutamanya Steve Tan dan Subass Chandran – kerana menjadikan Malaysia salah sebuah pasaran antarabangsa XanGo yang paling teguh. Selamat hari jadi yang pertama dan Malaysia Boleh!































